"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal
Ustaz Hanafi
Sabtu, 16 Ogos 2008
Kelab dan Persatuan
Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.
SUMBER HASIL…………………………………………………………………………………
1. Yuran tahunan ahli
2. Yuran pertandingan
3. Kutipan pesta ria
4. Sewa laci almari
5. Derma dari agensi swasta
6. Faedah dari simpanan tetap
7. Sewa alatan sukan
8. Jualan bola tenis terpakai
JENIS BELANJA…………………………………………………………………………………
1. Sewa rumah kelab
2. Belian surat khabar dan majalah
3. Belian alatan sukan
4. Pembinaan gelanggang tenis
5. Elaun kehormat
6. Belanja mesyuarat
7. Latihan dan kursus
8. Lawatan
PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL……………………………………
Perbelanjaan Hasil
- Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.
- Contoh;
a. Belian barang niaga untuk dijual semula.
b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.
c. Susut nilai aset bukan semasa.
d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.
e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.
Perbelanjaan Modal
- Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.
- Contoh;
Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
Pembelian aset bukan semasa
Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
Kos pemasangan sistem hawa dingin
PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL…………………………………………
Pendapatan Hasil
- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
- Contoh;
Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
Yuran pertandingan
Kutipan jualan pesta ria
Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
Faedah atas pelaburan.
Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek
Pendapatan Modal
- Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.
- Contoh;
Jualan aset bukan semasa
Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
Yuran masuk atau pendaftaran
Peruntukkan daripada agensi kerajaan
AKAUN YURAN………………………………………………………………………………..
· Yuran kelab terdiri daripada;
o Yuran masuk – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.
o Yuran bulanan/tahunan – pendapatan hasil
o Yuran pertandingan – pendapatan hasil
Pendapatan Modal – Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul
Pendapatan Hasil – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN ………………………………………………….
· Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.
· Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan pendapatan modal dicatat sebelah debit.
· Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai – aset semasa.
· Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai – liabiliti semasa.
AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN ………………………………………………
· Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.
· Lebihan – ditambah kepada dana terkumpul.
· Kurangan – ditolak daripada dana terkumpul.
AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB ………………………………
· Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).
· Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
· Untung operasi – kredit.
· Rugi operasi – debit.
KUNCI KIRA-KIRA …………………………………………………………………………..
· Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.
· Dana Terkumpul = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti
· Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal
· Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir
· Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal
Isnin, 11 Ogos 2008
Kelebihan Bulan Syaaban
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Ahad, 10 Ogos 2008
Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat
Alhamdulilillah, syukur kehadrat Allah dengan limpah kurniaNYA maka Majlis Ijazah bagi pelatih baru dan lama selesai diijazahkan oleh Guru Utama Silat Cekak Hj Md Radzi Hj Hanafi atau lebih dikenali dikalangan penuntut Silat Cekak sebagai Abang Mad.
Kelihatan Guru Utama sedang memberi amanat dan pesanan, agar pelatih dan pengamal Silat Cekak sentiasa ingat agar niat mempelajari silat adalah kerana ingin membela diri dan bukannya untuk bergaduh, dan ingat sentiasa akan pantang larang Silat Cekak. Niat kena betul...
Guru Utama Mohd Radzi
Md. Radzi bin Haji Hanafi, Guru Utama Silat Cekak sekarang dilahirkan pada 3 Ogos 1961 di Batu 3 1/4 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Anak keempat kepada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad ini mendapat pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Alor Setar dan Kuala Lumpur.Md. Radzi mendirikan rumahtangga dengan Masita Mohd Salleh, yang berasal dari Johor Bahru, Johor pada tahun 1990. Mereka kini dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Beliau mempelajari silat cekak pada usia 18 tahun, iaitu umur yang dibenarkan mempelajari silat cekak ketika itu. Kefahaman dan pendidikan agama diperolehi daripada bapanya sendiri. Beliau memperolehi Sijil Rendah Silat Cekak pada tahun 1980 dan sijil menengah pada tahun 1987.
Pada 1981, Md. Radzi mula diberi kepercayaan dengan menjadi tenaga pengajar dan penyelia Silat Cekak cawangan Selangor, Terengganu dan Johor. Peranan beliau terhadap perkembangan Silat Cekak di Johor dilihat sangat sukses kerana atas usaha beliau dan izin-Nya,Silat Cekak bertapak kukuh di Johor.Sebelum beliau,telah beberapa individu berusaha untuk mengembangkan Silat Cekak di Johor namun gagal.
Beliau giat mengembangkan Silat Cekak di negeri Johor sejak tahun 1986 sehinggalah menjadi Guru Utama pada 1993.Sepanjang tujuh tahun tersebut,Silat Cekak di Johor tersebar luas dan berkembang maju sehingga mengatasi cawangan Silat Cekak negeri yang lain yang ditubuhkan lebih awal.Buktinya dilihat dari penyertaan ahli dari negeri Johor semasa melakukan demonstrasi besar-besaran pada tahun 2005.
Beliau menerima mandat untuk menjadi Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993 dari Pemangku Guru Utama iaitu Tuan Haji Ishak Bin Itam. Penyerahan ini disahkan oleh ahli Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak pada 21 Mei 1993 dan pengisytiharannya disempurnakan pada 23 Mei 1993. Seterusnya, beliau diminta menubuhkan dan mengetuai Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak.
Ke mana tak tumpahnya kuah,kalau tidak ke nasi.Beliau mewarisi sifat dan ilmu Ayahanda yang dikasihi.Beliau telah memimpin Silat Cekak melalui Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM)yang ditubuhkan pada Ogos 1994.Begitu banyak sumbangan dan jasa beliau kepada pergerakan Silat Cekak antaranya tercatat nama Silat Cekak Hanafi di dalam Malaysia Book of Records (MYBOR) sebanyak dua kali iaitu pada 2001 dan pada 2005.
Kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan oleh Silat Cekak Hanafi hasil teraju dan pimpinan Md. Radzi rupa-rupanya tidak disenangi oleh rakan-rakan beliau sendiri.Dan akhirnya pada 13 Ogos 2006 (iaitu ulang tahun ke 20 kemangkatan Almarhum Ustaz Hanafi,Pemimpin Agong Silat Cekak,bapa kepada Md Radzi) dan 17 September 2006 Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK), Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang bersidang telah membuat keputusan berikut:
1- Untuk mencemar imej dan merosakkan nama baik persatuan dengan mengenakan tindakan tatatertib dengan keahlian Md. Radzi digantung bagi satu tempoh yang tidak melebihi tiga (3) tahun berkuat kuasa dari 13 Ogos 2006.
2- Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) juga menolak permintaan ahli-ahli yang mahukan Encik Md Radzi Hj Hanafi sebagai Presiden dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan ini dilihat sangat berat sebelah kepada Md. Radzi kerana tatacara dan penyiasatan terhadap beliau dalam dakwaan salah laku dijalankan oleh mereka yang berkepentingan untuk menjatuhkan beliau.Malah mereka telah menganggap Md Radzi benar-benar bersalah walaupun siasatan sedang dijalankan.
Mereka melalui Setiausaha Agung PSSCUHM juga telah mengeluarkan kenyataan dalam sebuah majalah berkaitan beladiri untuk menolak segala keputusan siasatan pihak polis yang sedang dijalankan dan tetap berpegang pada keputusan bersalah terhadap Md. Radzi.Kenyataan ini dilihat sama sekali mencabar kewibawaan pihak berkuasa sebagai pihak bertanggung jawab dalam soal jenayah di negara ini.
Sehingga kini,pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun dakwaan terhadap Md. Radzi walaupun beliau telah dipanggil membantu siasatan sejak Januari 2007.
Peralihan Kepimpinan
Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak. Kedudukan Guru Utama dikosongkan selama 40 hari dan untuk sementara waktu, Ishak Itam memegang jawatan sebagai Guru Utama selama tujuh tahun agar dapat diserahkan semula kepada Md. Radzi Haji Hanafi, anak keempat Ustaz Hanafi.
Pada 19 Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan semula kepada Md. Radzi dan diisytiharkan sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 23 Mei 1993. Silat Cekak pula telah didaftarkan di bawah Pertubuhan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM) pada 5 Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94 (Selangor) dan beribu pejabat di Kompleks Sukan Datuk Keramat.
PSSCUHM telah kemudiannya melantik Marwi Latif sebgai Guru Utama untuk melaksanakan perjalanan persilatannya iaitu melanggar sama sekali adat dan adab perguruan Silat Cekak.Di dalam Silat Cekak,mandat perguruan iaitu penentuan untuk menjadi Guru Utama hanyalah ditentukan oleh Guru dan Bakal Guru, yang tidak dicampuri oleh mana-mana individu atau kumpulan lain.Tindakan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) dan Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) melantik Marwi Latif sebagai Guru Utama adalah sama sekali bertentangan dengan perjuangan Silat Cekak itu sendiri.
Perkembangan Silat Cekak
Pada mulanya, silat ini dikembangkan di bawah pergerakan kebudayaan Perkumpulan Sari Seni Budaya Sri Kedah. Ustaz Hanafi sendiri ketika itu adalah ketua Seksyen Silat dalam kelab tersebut melantik Yahya Said untuk mengajar Silat Cekak kepada semua ahli Seksyen Silat termasuklah beliau sendiri.
Akhirnya, Ustaz Hanafi dikhatamkan sendiri oleh Yahya sendiri dan diberi mandat sebagai guru untuk mengembangkan silat ini. Yahya Said pula balik ke Perak dan tidak lagi mengajar setelah misi beliau membawa amanah Panglima telah berjaya dilaksanakan.
Selepas dikhatamkan, Ustaz Hanafi mula mengembangkan silat ini, pada mulanya di Sungai Petani dan kemudiannya di Bukit Mertajam di antara tahun 1968 dan 1969.
Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kg. Bumiputera dan Kg. Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) beralamat di No.32, Jalan Hj. Sirat, Kampung Baru (kemudian dipindahkan ke Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur mulai pada 21 Februari 1985.
Ustaz Hanafi
Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas Silat Cekak Ustaz Hanafi, dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setarulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui para guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan permasalahan Tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam). sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang
Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.
Namun akhirnya, Ustaz Hanafi berjaya menemui Yahya Said, yang selama 40 tahun telah menyimpan amanat Panglima Tok Rashid. Silat Cekak akhirnya dilahirkan semula pada malam 5 Ramadhan, 1385 Hijrah (28 Disember 1965).
Sejarah Silat Cekak
Adapun Silat Cekak ini asalnya dari Kedah. Tidaklah dapat dipastikan samada ianya wujud hasil dari seorang atau hasil permuafakatan dari pelbagai guru. Silat ini datang dipercayai selepas kedatangan Islam di negeri ini.
Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.
Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: " Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali"
Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya.
Senarai Nama Buah
Berikut adalah senarai buah - buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah. Pada asalnya jumlah buah yang ada adalah 28 kesemuanya. Ustaz Hanafi telah membuat beberapa perubahan dengan membuang dan mengabungkan beberapa buah di dalam sistem matapelajaran ini kerana beliau berpendapat ada beberpa buah yang tidak praktikal untuk digunakan. Ada juga buah - buah hampir - hampir serupa dan buah - buah ini pula telah digabungkan.
- ) Buah Pertama
- ) Keputusan Gayong Petani
- ) Keputusan Sendeng Atas
- ) Buah Kilas Belakang
- ) Buah Kilas Hadapan
- ) Buah Kidong Kiri
- ) Buah Kuntau Jatuh
- ) Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
- ) Buah Kuntau Kanan Gantung
- ) Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
- ) Buah Ali Patah Atas
- ) Buah Ali Patah Sudah
- ) Buah Selendang
- ) Buah Gari & Gari Gunting
- ) Buah Paras
- ) Keputusan Pasung Kemanga
- ) Keputusan Terlak
- ) Keputusan Lintau
- ) Buah Hempok
- ) Buah Luncur
- ) Buah Siku Potong
Antara buah - buah yang telah dibuang:
- )Buah Rasa
- )Buah Singkat Nyawa
- )Buah Pusing Tangan (Pecahan dari Gayung Petani)
- )Buah Sengkak
- )Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan
- )Buah Kidung Kanan
Sukatan Pelajaran
Ada empat peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.
- Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.
- Buat Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.
- Buat Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah Asas dan Buah Jatuh jika pesilat Cekak lain cuba menggunakan buah Silat Cekak ke atas diri kita
- Buah Serang - Serangan kepada pihak lawan, jika dielak pasti kena, jika ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan. Ia juga boleh menyerang sambil menangkap(cekak menyerang, cekak menangkap).
- Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal. Pada peringkat ini juga para pesilat akan diajar cara - cara untuk berhadapan dengan pengamal seni beladiri yang lain.
Makna Cekak
Cekak secara dasarnya mempunyai beberapa makna, bergantung kepada dialek ataupun loghat penuturnya.
1) Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:
"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."
Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.
2) Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:
"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".
Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.
3) Cekak juga membawa maksud ringkas. Keringkasan Silat Cekak ini dapat dilihat dalam sistem matapelajarannya, yang sangat mudah dan cepat dipelajari. Ilmu Silat Cekak mendidik pengamalnya supaya tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak pula berunduk ke belakang, malah mara ke hadapan dalam gerak yang satu.
Dalam pembelajaran buah, konsep ringkas ini juga ditekankan. Kesemua 21 buah Silat Cekak itu segerak, dalam erti kata hanya memerlukan satu gerak untuk melengkapkan buah tersebut. Ini memperjelaskan lagi konsep Ringkas yang menjadi salah satu maksud perkataan Cekak itu sendiri.
4) Secekak. Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.
Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.
Lahirnya Cekak kerana Kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Cekak dizahirkan bersama kesedaran dan iltizam Us. Hanafi untuk membawa perubahan.
Assalamu'alaikum
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Cekak dizahirkan bersama kesedaran dan iltizam Us. Hanafi untuk membawa perubahan. Ini bukan satu yang mudah. Seiring perubahan pasti ada tentangan. Tanyalah para sahabat beliau yang masih kekal memperjuangkan cita-citanya. Adakah Us. Hanafi sedar bahawa perjuangan yang dibawa bukan kecil anak? Tetapi Hanafi tetap Hanafi. Atas kesedaranlah maka dikumpulkannya ahli demi mempelajari Silat yang tiada nama pada mulanya. Siapa sangka, telah tersemat dilembaran sejarah, di lantai rumah Shafie Darus, Us. Hanafi dan rakan-rakan menerima kaedah yang pertama. Bermulalah langkah untuk merubah sebuah kisah. Lahirnya Cekak.
Ustaz Hanafi cukup sedar bahawa masyarakat Melayu terlalu alpa. Tahyul dan khurafat menjadi satu budaya. Hendak disanggah kurang kekuatan. Terus bertindak kurang upaya. Kalau terus dibiar, hati sakit. Melalui Cekak, Hanafi cuba membuka minda masyarakat untuk berfikir. Rupanya Melayu masih tak peka. Perubahan yang dibawa menjadi ancaman mereka. Pembaharuan ketara gerak pendekar cukup merunsingkan musuh. Sepakatlah mereka untuk menentang hatta ada yang sanggup membunuh. Allah tahu hambaNya benar. Mana mungkin insan sebegini dibiar sendirian tanpa petunjuk.
Us. Hanafi sedar bahawa Cekak bukan seni sembarangan. Seni berasal dari istana. Tempat mulia penuh kemegahan. Jika Melayu kampong menolak, mungkin Melayu bandar menerima. Strategi disusun bersama sahabat dan murid-murid setia. Cekak mula mendapat tempat. Kuala Lumpur menyaksikan percambahan kelas yang ketara. Sungai Way, Keramat, Kampong Baru tercatat antara kelas-kelas awal dibuka. Us. Hanafi bukan sekadar bersilat. Tetapi turut menyirami mereka dengan mutiara nasihat. Melayu bandar ramai yang kosong jiwa. Ustaz Hanafi sedar. Hati mereka perlu diisi. Agar menjadi mukmin sejati.
Us. Hanafi sedar perkembangan memerlukan pemangkin yang hebat. "Satu hari nanti Silat ini akan berkembang di seluruh Universiti". Doa dimakbul. Universiti Malaya membuka jalan. Melalui ahli universiti yang tamat, Cekak dibicarakan secara ilmiah oleh professional dan bijak pandai. Gerak Cekak semakin pantas. Langkah Cekak semakin berani dan tersusun. Satu persatu Universiti menerima Cekak yang dibawa Hanafi. Musuh yang dulunya sepakat, kini terpaksa menerima hakikat. Hanafi memang seorang tokoh yang hebat. Hendak dikejar payah. Hendak dihalang susah. Biarkan. Usahanya penuh siasah lagi terpuji.
Ustaz Hanafi sedar pemimpin yang hebat tidak memandang musuh sebagai masalah. Seringkali mereka dilihat umpama pendorong meningkatkan keazaman dan tumpuan. Biar musuh beribu asalkan jangan wujud musuh dalam selimut. Jangan dibiarkan gunting tersembunyi dalam lipatan. Maka permusuhan harus diperangi dengan kekuatan persaudaraan. Jangan dicaci ilmu orang. Kerana mulut badan binasa. Ukhwah sesama ahli diperkukuhkan dengan penerapan kefahaman agama. Islam cintakan kedamaian. Islam menganjur permuafakatan. Cekak menjadi wadah untuk perlaksanaan.
Isnin, 25 Februari 2008
Majlis Penerangan dan Demo
Alhamdulillah ... Syukur kehadrat illahi ... pada Jumaat yang lalu 14 February 2008 Majlis Penerangan dan Demo telah berjaya dilakukan oleh Pusat Latihan Seni Silat Cekak Uztaz Hanafi Sandakan. Syabasss Kalian
Sabtu, 9 Februari 2008
Jauh di sudut hati...
Alhamdulillah berkembang lagilah Silat Cekak di Sandakan ni. Berkat dan usahasama rakan-rakan sekalian dalam memastikan panji silat cekak hanafi sandakan terus berkembang dan mendapat penerimaan dari masyarakat kita khususnya dikalangan pelajar kita yang semestinya mendambakan ilmu pengetahuan warisan nenek moyang dan yang paling penting dapat diguna pakai dalam keadaan terdesak. InsyaAllah, sekiranya kita berada pada paksi kebenaran. Yang pasti bathil pasti hancur bila hak muncul.
Terasa diri ini ingin menulis maka menari-narilah jari jemari bagai rentak orang bersilat. Langkah diatur, bicara serta cetusan idea bertalu-talu datangnya bagai sang badai memukul pantai seolah-olah perlukan perhatian untuk apa ianya dicetus. Apa yang ingin disampaikan. Ia terbaca kawan satu bicara minda kata-kata hikmah dari pujangga bahawa "kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan semakin jauh anda berjalan semakin bagus anda akan jadi ianya tak berpenghujung" ya mungkin ada kebenaranya justeru taklah orang berkata jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu dalam perjalanan atau perjuangan tida berpenghujung. Semakin jauh belayar maka semakin banyaklah cabaran dan dugaan yang datang menerpa ke arah kita. Lantas persoalan disitu mampukah kita bertahan. Mampukah diri menahan segala cabaran yang mendatang. Tanyalah diri anda sendiri.
Perjuangan tidak terhenti bila kita telah mencapai apa yang kita inginkan, tetapi perjuangan akan terus tersimpan nun jauh di lubuk hati sebagai satu azimat, matlamat menjadi insan kamil. Kita mungkin berkata kitalah yang terbaik tapi mungkin semalam, hari ini, tapi belum pasti adakah kita akan menjadi yang terbaik pada esok hari. Kita sering menyalahkan perjuangan kerana kegagalan meneruskan perjuangan tersebut, maka ianya dijadikan satu sandaran atau alasan untuk terus berada pada keadaan atau zon selesa. Tanpa pengorbanan itu bukanlah perjuangan. Benarkah cuba fikir sendiri.
Sekian...
Isnin, 14 Januari 2008
MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT
Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya' (Ali ‘Imran:103) Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat. Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud: 'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.' Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia. Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh. Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud: 'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah. Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi. Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam. Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap. Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa. Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material. Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah. Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam. Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu. Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya: 'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh' (al-Anbiya’:105) Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya. Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul. Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya. Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini. Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu. |
| |
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Khamis, 13 Disember 2007
Islam Terhina Di Malaysia
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat
kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap
pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM
minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia
tuan-tuan.
Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak
jadi
hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,
depa
minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan , kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka,masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium
Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",
katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia.
Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut
sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada
raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan
lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah,
sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)
Allahu ta`ala `alam.
16 Februari 2006
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE "DIWAJIBKAN" POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA..
KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU
TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
Hanya 2 Minit
Hanya Dua Minit
kalau anda fikir anda masih islam...
bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...
kalau tidak......
Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit
untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca
la tu..tapi mengeja.. ![]()
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada
anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh
lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang
menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian
hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun... lalu
salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana
ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu
maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu
hanya tinggal lebih kurang 20 orang
sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke
arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang
hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain terhibur
anda fikirlahlah. ..
" Lawak
dia Islam hanya 20 yg betul-betul
beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang
mudah lupakan ALLAH bila menghadapi
bahaya... kedua lelaki hanya membawa
mesin-gun.. dia tak kata pun nak
bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..baru kena ugut terus
lari lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat setahun
2 kali aje.. bile time sembahyang
raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gosip dan apa yang di tulis
oleh
tercatit dsalam al Quran"
"Lawak
dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi
berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn
boyfriend atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah
kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama...
Lawak
Kenapa gelak??
tu
yg paling lawak sekali.. berapa orang
yang lepas baca benda ni akan
sampaikan kat orang lain... berapa
orang yang akan buka bulletin ni
untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????
wallahuaallam...
Isnin, 10 Disember 2007
Allah tidak jauh, doa sentiasa mustajab
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.
Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.
Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!
Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka.” (surah al- Ahqaf: 5-6).
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya.” (surah Fatir: 13-14).
Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.
Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:
“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki.” (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).
Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka. Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan.
Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu. Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya. Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.
Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.
Firman Allah: (maksudnya)
“Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).” (al-Zumar:3).
Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk.” (surah al-Baqarah: 186).
Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung.
Firman Allah (maksudnya):
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (surah Ghafir: 60).
Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.
Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin. Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya.” (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).
Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga. Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga. Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian. Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.
Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis. Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya. Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud.” (Riwayat Muslim).
Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:
“Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan.” (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).
Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.
Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Pelajari kitab nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/
Bersandarkan hanya kerana Allah
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
(At-Tirmidzi)
Huraian :
- Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan) adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten). **Bagaimanapun, jangan salah faham, kerana tidak ikhlas tinggalkan yang fardhu (wajib) pula, kerana fahaman itu bertentangan dengan ajaran al-Quran & as-Sunnah.
- Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan Tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelompok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah. **Untuk sampai ke tahap taqwa, memerlukan ilmu & mujahadah yang berterusan.
- Seorang ahli hikmah berkata: Contoh orang yang beramal dengan riyaa’ atau sum’ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: “Alangkah banyaknya wang orang itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada pahalanya di akhirat kelak.
- Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”
- Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecederaan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sekitar Majlis Ijazah
Menghayati Al-Quran
Penggerak Seni Silat Cekak Hanafi Sandakan
Siapa mereka ? Tak usahlah ditanya siapa mereka. Andaikata hajat di hati sudah terpaut datanglah bertandang ke kelas untuk mengenal siapa mereka. Mereka hanyalah manusia biasa tidak punyai apa-apa. Berjuang untuk satu matlamat. Apakah matlamat perjuangan tersebut maka jawapannya ada pada mereka... Hubungilah mereka...
