"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Ustaz Hanafi

Perlantikan Marwi TIDAK SAH


Rakaman Penyerahan Mandat Guru Utama antara Pak Ak dengan Md Radzi


Makan Malam Bersama Guru Utama


Isnin, 25 Februari 2008

Majlis Penerangan dan Demo

Berita Terkini

Alhamdulillah ... Syukur kehadrat illahi ... pada Jumaat yang lalu 14 February 2008 Majlis Penerangan dan Demo telah berjaya dilakukan oleh Pusat Latihan Seni Silat Cekak Uztaz Hanafi Sandakan. Syabasss Kalian

Sabtu, 9 Februari 2008


24 Dis 2007 - Dimaklumkan bahawa lima jemaah haji iaitu YM Tuan Guru Mohd Radzi bin Hj Hanafi dan isteri, Yusof Talib dan isteri, diikuti Saiful Murad dijangka akan tiba di KLIA pada hari Rabu bersamaan 26 Dis 2007, jam 4.30 pagi

Jauh di sudut hati...

Assallamualaikum ...

Alhamdulillah berkembang lagilah Silat Cekak di Sandakan ni. Berkat dan usahasama rakan-rakan sekalian dalam memastikan panji silat cekak hanafi sandakan terus berkembang dan mendapat penerimaan dari masyarakat kita khususnya dikalangan pelajar kita yang semestinya mendambakan ilmu pengetahuan warisan nenek moyang dan yang paling penting dapat diguna pakai dalam keadaan terdesak. InsyaAllah, sekiranya kita berada pada paksi kebenaran. Yang pasti bathil pasti hancur bila hak muncul.

Terasa diri ini ingin menulis maka menari-narilah jari jemari bagai rentak orang bersilat. Langkah diatur, bicara serta cetusan idea bertalu-talu datangnya bagai sang badai memukul pantai seolah-olah perlukan perhatian untuk apa ianya dicetus. Apa yang ingin disampaikan. Ia terbaca kawan satu bicara minda kata-kata hikmah dari pujangga bahawa "kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan semakin jauh anda berjalan semakin bagus anda akan jadi ianya tak berpenghujung" ya mungkin ada kebenaranya justeru taklah orang berkata jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu dalam perjalanan atau perjuangan tida berpenghujung. Semakin jauh belayar maka semakin banyaklah cabaran dan dugaan yang datang menerpa ke arah kita. Lantas persoalan disitu mampukah kita bertahan. Mampukah diri menahan segala cabaran yang mendatang. Tanyalah diri anda sendiri.

Perjuangan tidak terhenti bila kita telah mencapai apa yang kita inginkan, tetapi perjuangan akan terus tersimpan nun jauh di lubuk hati sebagai satu azimat, matlamat menjadi insan kamil. Kita mungkin berkata kitalah yang terbaik tapi mungkin semalam, hari ini, tapi belum pasti adakah kita akan menjadi yang terbaik pada esok hari. Kita sering menyalahkan perjuangan kerana kegagalan meneruskan perjuangan tersebut, maka ianya dijadikan satu sandaran atau alasan untuk terus berada pada keadaan atau zon selesa. Tanpa pengorbanan itu bukanlah perjuangan. Benarkah cuba fikir sendiri.


Sekian...

Demo Pesilat Cekak di Perak


Sekitar Majlis Ijazah

Seni Tari Silat


Menghayati Al-Quran

Penggerak Seni Silat Cekak Hanafi Sandakan

Penggerak Seni Silat Cekak Hanafi Sandakan
Siapa mereka ? Tak usahlah ditanya siapa mereka. Andaikata hajat di hati sudah terpaut datanglah bertandang ke kelas untuk mengenal siapa mereka. Mereka hanyalah manusia biasa tidak punyai apa-apa. Berjuang untuk satu matlamat. Apakah matlamat perjuangan tersebut maka jawapannya ada pada mereka... Hubungilah mereka...

Renungan Bersama