"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Ustaz Hanafi

Perlantikan Marwi TIDAK SAH


Rakaman Penyerahan Mandat Guru Utama antara Pak Ak dengan Md Radzi


Makan Malam Bersama Guru Utama


Khamis, 6 Disember 2007

Pengertian Seni Silat

Assalammualaikum

Mungkin ramai dah mengetahui apa yang dikatakan Seni Silat itu sendiri.

SENI
Jika kita melihat hasil sebuah lukisan secara tidak langsung keluar dari mulut kita mengatakan wah cantik sungguh lukisan orang ni ada sentimental value, abstrak dan sebagainya. Walhal setiap yang memandang mengutarakan perpekstif masing-masing tanpa ada sesiapa yang faham dan benar-benar mengetahui apa maksud disebalik lukisan tersebut yang pastinya hanya pelukis sahaja yang tahu dan faham apa maksud yang tersirat dibalik lukisan tersebut. Apa pun bagi penggemar seni dan bagi mereka yang tak faham seni pun pasti terpegun melihat keindahan yang berada didepan mata. Seni adalah satu benda yang abstrak perlu ada bagi menentukan sesuatu benda atau perkara menjadi lebih berkualiti. Sebagai contoh tukang ukir dengan seni tampaknya, seni ukirannya memperlihatkan satu kerja tangan yang bermutu tinggi dan tidak mungkin akan diperolehioleh orang biasa tanpa ilmu dan usaha yang gigih. Seni seorang penyanyi terletak pada mutu, pengawalan, nada, dan sebagainya dari segi vokal dan pernafasan agar tidak terkehel dikala menyanyikan note yang tinggi (Maaf tidak tahu pasal nyanyian, yang aku tahu hanya suara sedap dan beralun-alun itulah dikatan seni pada aku, pitching jangan lari). Suara mesti senada dengan lagu dan irama. Agar tidak dikatakan sumbang. Ibarat kata P.Ramlee Lagu dan Irama tidak dapat dipisahkan. Itu seni suara, bagaimana seni memasak kata orang memasak pun ada seninya. Bukan main hentam jer. Hentam pun boleh juga tapi tanpa seni memasak yakni ilmu memasak mana mungkin boleh buka restoran atau jadi Chef Wan. Lihat seni seorang Chef yang pakar dalam menunjukkan seni memasak sambil memasak boleh berbicara dengan penonton sambil berjenaka pulak. Ini bermakna segala ilmu dalam seni memasak telah sebati dalam diri beliau sehinggakan belum rasa lagi dah rasa sedap (Cium bau jer dulu). Potong kayu api pun ada seninya apa pun kita buat mesti ada seninya. Sepertimana yang saya katakan tadi seni meletakkan sesuatu barang itu lebih bermutu tinggi. Orang akan membeli hanya pada mutu yang tinggi. Makannya kena beli CD original cetak rompak boleh tapi dua kali pakai dah hancus buat per.

Persoalannya apa sebenar yang saya ak kata bab SENI ni. Baiklah maaf kalau intro terlalu panjang cerita bab seni ni. Apa yang ingin disentuh disini ialah bab SENI dalam PERSILATAN. Dimana terletaknya seni dalam persilatan. Mari kita ikut cerita dua orang nujum negara dari dua negara yang berbeza. Pertandingan teka-teki ini adalah untuk mempertaruhkan negara masing-masing.

Pak Nujum 1: Wahai ahli nujum bijak bistari. Dimanakah letaknya seni dalam persilatan? Pada orangnya kah? Pada bunganya kah? Pada senjatanya kah? Pada jurus dan buahnya kah?

Pak Nujum 2: Wahai ahli nujum kalau ko nak tahu dimana seni dalam persilatan. Baiklah ini jawapannya. Seni dalam persilatan terletak pada geraknya...sambil tersenyum dan berkeyakinan.

Pak Nujum 1: Mengapa?

Bersambung...

Demo Pesilat Cekak di Perak


Sekitar Majlis Ijazah

Seni Tari Silat


Menghayati Al-Quran

Penggerak Seni Silat Cekak Hanafi Sandakan

Penggerak Seni Silat Cekak Hanafi Sandakan
Siapa mereka ? Tak usahlah ditanya siapa mereka. Andaikata hajat di hati sudah terpaut datanglah bertandang ke kelas untuk mengenal siapa mereka. Mereka hanyalah manusia biasa tidak punyai apa-apa. Berjuang untuk satu matlamat. Apakah matlamat perjuangan tersebut maka jawapannya ada pada mereka... Hubungilah mereka...

Renungan Bersama