
LAMBANG PSSCUH MALAYSIA terdiri daripada warna merah, biru tua, hijau, kuning, hitam dan putih. Pengertian simbol yang terdapat pada lambang berkenaan adalah seperti berikut:- • Bintang Pecah 21 kaedah pembelajaran Silat Cekak Hanafi mengandungi 21 buah untuk mempertahankan diri • Dua bilah Parang Lading bersilang senjata rasmi Silat Cekak Hanafi untuk pertahanan diri • Kalungan Padi menggambarkan amalan pengamal Silat Cekak Hanafi iaitu semakin berisi semakin tunduk. Ia juga menggambarkan silat ini berasal dari masyarakat petani di negeri Kedah Darul Aman. • Tulisan Ahmad Muhammad timbal balik (jawi) penekanan Silat Cekak Hanafi terhadap asuhan jasmani dah rohani di kalangan pengamalnya. • Sebilah Keris melambangkan kedaulatan raja-raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia • Garis jalur melintang semangat cintakan negara